Wednesday, November 11, 2015

Life of a traveller


It's a story of a traveller. Sejak jadi penduduk tetap Labuan ni, kegilaan aku mau mengembara semakin membuak-buak pula.
Everytime rasa macam mau jalan, jalan, jalan. Travel !

Okay, cakap jak apa benda.
Feri kecil, Feri besar, speedboat. Semua aku dah try. Checked !

Dan sangat seronok sebenarnya menjelajah guna jalan laut ni.
Eventhough ianya taklah sehebat journey Pakcik Otto Lidenbrock dan Hans Bjelke dalam journey to the centre of the Earth ataupun Phileas Fogg dan Passepartout dalam Around the World in 80 Days, nak banding dengan travel Christopher Columbus, Charles Darwin or Ibnu Batuta apatah lagi.
Macam langit dengan bumi.

But it's okay 

Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama

It's one of my biggest dream untuk travel this world. Tapi, since belum mampu nak mengelilingi dunia dalam masa 80 hari, so, kelilingi dahulu bumi sabah ini. Bumi Labuan kot lebih tepat. Haha

So, untuk memulakan cerita, baru-baru ini sewaktu otw balik sandakan, travel aku dan kawan-kawan aku sedikit diuji. Baiklah. Last paper muet. Listening test. Dalam jadual akan habis pada pukul 1pm. So, kami plan jam 1 pm habis paper, bolehlah 1.30pm keluar kml dan terus ambik speedboat 20 minit di laut dan ambil bas menumbok ke kk 3 jam perjalanan dan berpisah mengikut arah masing-masing.

Itu plannya. But

We plan, and Allah plan, Verily, He is the Best Planner 

Benda tak jadi macam yang dirancang since pusat muet aku (pusat A) sangat jealous sebab semua orang nak pulang -.- Speaker buat hal. So kena repeat listening 3 times.
Dan drag time. Pap ! Habis paper pukul 1.40 pm. Hambekk kau.
Member yang dah janji nak jalan dengan aku memang berapi gila jugaklah. Dan aku belum solat zuhur masa tu. So aku ibarat Usain Bolt lari dari Bilik Tutoran ke Blok C. 
Dah macam bukan manusia berlari naik tangga. Siap-siap. Solat, pack sikit-sikit yang tak terhabiskan pada malam tu. then pukul 2.15pm siap !

Nasib aku dah ready ambik duit pagi-pagi tu sebab takut atm jammed. Haha. So, to summarize, pukul 2.30 jugaklah kami keluar KML. Then sampai terminal siap-siap dah bagi tugas. Sorang pegi beli tiket speedboat, sorang pegi beli tiket bas. Aku lah yang beli tiket bas tu. Then, jawapan dia sedikit menyedihkan. "Tiket dah habis dek"
Ok. baiklah kak. So, plan konon jalan dan tawakal. Apa benda yang dijumpa di menumbok nanti, naik jak
Unser ka, teksi ka, unta ka. Eh ?

Then, part yang beli tiket speedboat. Barisan jangan cakaplah. Panjang masyaAllah. Tapi alhamdulillah dapat awal, sampai kawan aku ke barisan ke-4, sangat hampir dengan kaunter, tap, blackout ! What's that means ? Yah xdapat key in everything. komputer tak berfungsi. Kakak kaunter kena guna manual, handwriting. Sorang ada yang beli sampai 10 tiket. Tak ke mam...

Hm. Then kami berpandangan (aku dan member)

"Ujian. Senyum" 

Masa tu dah pukul 3 lebih. Aku nak kejar bas KK-Sandakan pukul 8 sebenarnya dan benda tu valid kalau aku dapat bas menumbok-kk pukul 3.30. Dan boat atleast gerak pukul 3.15.
Takpa, tawakal. Then kami dapat tiket pada pukul 3.30pm. Alhamdulillah.
A lil bit down. Bas takda, so memang guna satu plan saja. Tawakal. Dan benda tu tak pernah mengecewakan.

Sedang duduk-duduk tunggu giliran boat jalan, LM66 boat kami. Tetiba datang suara-suara aneh dari langit. Yes. Guruh berdentum. Langit dah makin gelap. Dramatic bukan. Tapi itu hakikatnya.
Hati rasa nak nangis. Tapi, nasib baik aku tengah travel dengan budak-budak yang ditarbiah.
Alhamdulillah.

"Weh, macam makin kuat ujian ni. Mungkin ada yang belum settle mutabaah ni"
"Ok, Mathurat petang dah boleh on ni"
"Oh ya, tilawah tak settle. Baiklah"

So, masing-masing buat kerja masing-masing. Tak kisah orang lalu lalang pandang macam penjenayah

Islam come as something strange, and it will become strange as it began. So, give glad tiding to a stranger 

Sebab percaya, dan yakin. Alhamdulillah. urusan makin dipermudahkan lepastu. Dah settle semua, boat jalan then, dapat mesej dari kawan yang dah sampai menumbok. Masih banyak bas kosong katanya, sampai menumbok, Again. Alhamdulillah. dapat bas. Bas paling last sekali. pukul 5pm
so, bas gerak dalam jam 5.15pm.

Dalam hati aku masih mengharapkan dapat kejar bas kk-sandakan pukul 8pm. 
Sampai kk pukul 8.02pm. Bandaran ke Inanam bukan ambil masa sesaat kot. So, uncle aku kata aku kena bermalam dekat kk malam tu then ambik bas esok paginya. Tapi aku berkeras. Aku nak tengok juga bas. manalah tau ada yang jalan lambat sikit.

Then, aku jumpa bas. Gerak pukul 9pm. Lega. Syukur.

Tapi...
Bas tu cuma untuk barang-barang kiriman kk-sandakan. Tapi kalau ada orang nak ikut, silakan.
Aku. Seorang. Perempuan. Pukul 9 malam. 

Aku fikir dua tiga kali, then aku ikut kata hati.
Aku naik bas tu. Aku kena juga balik sandakan haritu.
Dan masa tu, Ya Allah. Ujian :)
Handphone aku, taknak hidup. which means, aku langsung tak dapat contact sesiapa dan tak boleh kena contact oleh sesiapa.

Aku bukan sorang dalam bas tu. Ada lagi penumpang lain, 7 orang. Tapi semua lelaki.

Masa tu...
Aku rindu masa tu..
Masa aku serahkan segala-galanya pada Allah.
Aku taktahu nak buat apa.
Dah terlajak naik bas.
Tapi, that is the greatest feeling I ever feel.
Bila pergantungan hanya pada Allah.
Minta Dia jaga.

So perjalanan 6 jam. Tertidur. Terbangun. Tak sampai-sampai pun lagi.
Sampai satu part aku hampir menjerit sebab bas tu dah jalan zigzag. Ya Allah. Driver mengantuk rupanya. Pukul 1.30 am kot tak silap.
Dengan kabus kundasang lagi. Aku tak dapat rasa apa.
Aku dah rasa macam aku akan mati malam tu.

Kekadang aku tengok langit dari balik tingkap. Dengan taburan bintang yang Subhanallah cantik sangat, buat aku lupa aku sedang berada dalam bas yang menakutkan dengan 8 orang stranger termasuk driver.


Akhirnya, pukul 3am aku pun sampai Sandakan. Lega gila. Rasa nak sujud syukur terus sebab it's a home !

Dalam perjalanan 9 jam setengah (dari start naik speedboat sampai ke Sandakan),
banyak benda aku belajar.
Dalam speedboat tu, waktu tu laut tengah berombak sebab hujan, aku belajar yang dekat tengah laut tu, bila-bila masa boleh tenggelam.
Dan perjalanan hidup ni, macam speedboat tu, banyak ujian ditengah-tengah perjalanan. Kekadang angin terlebih kuat sampai boat tertolak tepi sikit. Tapi, perlu juga teruskan perjalanan. 
Dan semua benda tu akan berakhir juga dalam masa yang singkat, 20 minit jak.
Macam kehidupan dunia ni, tough macam mana pun, sebenarnya ia perjalanan yang singkat.
Kalaulah si driver boat tu tak sabar dan kalah dengan ujian, confirm dah tenggelam.
Tapi, Alhamdulillah, dia tekal dan strong. Sampai juga kami dengan selamat ke jeti.

Dan perjalanan 6 jam ke Sandakan, ajar aku untuk terus bergantung dan percaya pada Tuhan, Sebaik-baik penolong. Dia takkan pernah mengecewakan.



“Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula”
67:15

 "Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik."
30:42


So, Lets travel and learn ! 


Sunday, November 8, 2015

KML : It's not that bad


At the end, everything will be fine
It's so funny when you re-read your blog and all you can see is how upset you are because you have to force yourself to accept the truth---It's like a hard pill to swallow.

Alhamdulillah, macam mana keras pun aku menolak kenyataan yang aku perlu melangkah masuk Kolej Matrikulasi Labuan 6 bulan yang lalu, sedar tak sedar, dah habis pun satu sem aku kat situ.
And at the end, I realize, it's not that bad.
Sejak masuk KML banyak aku belajar. Bukan setakat akademik, tetapi lebih besar lagi---Kehidupan.
Pelajaran paling besar aku dapat ialah, semakin banyak kau persoalkan, semakin banyak kau akan nampak hikmah.
Yes. Indeed. Hikmah

Aku tak tahu kenapa Tuhan campak aku kat KML ni.
Aku tak tahu kenapa Dia tak bagi aku masuk tempat lain
Aku tak tahu kenapa walau betapa kuat pun aku merengek nak keluar, Dia tetap suruh aku kekal.
tapi aku yakin, dan aku percaya
Ada sesuatu yang perlu aku cari di sini
Ada sesuatu yang Tuhan titipkan untuk aku disitu
Dan ada benda yang perlu aku belajar di bumi itu.
Aku perlu yakin. Dan aku perlu percaya--walaupun payah.
Sebab Dia Tuhan. Dan Dia tahu segalanya.

Undeniable, aku masih tak dapat blend in completely dengan sistem sosial disitu.
Dengan classmate, hatta dengan roomate sendiri.
Aku dianggap 'loner' oleh mereka. Sebab aku buat kerja ikut kepala sendiri. Tak kisah orang sekeliling.
Cuma, ada satu benda yang buat aku still stand firm and strong untuk terus study situ.-- Halaqah 
Yes. Aku join halaqah yang memang dari zaman sekolah pun aku dah ikut sebenarnya.
Bukan benda tu yang buat aku kuat.
Memang Tuhan yang kuatkan aku, dengan hantarkan aku sahabat-sahabat sehalaqah.

Benda tu bagi positive vibe dekat aku.
Aku tak tahu orang lain, tapi aku, yes aku dapat kekuatan dari HQ.
For first few month, aku belum kena follow up dan emosi aku masih tak stabil-- sebulan lebih kot baru move on.
Then, study aku kelaut.
Tapi, aku dapat spirit lepas kena follow up balik. Masa bulan puasa.
Start HQ aku jumpa M, yang sangat baik.
Then emosi aku sedikit getting better dengan adanya mutabaah dan musykilah.
Dan, aku makin semangat nak study sebab nak beat HQmate aku
benarlah firman Allah

"Seseorang tidak akan diberati melebihi kemampuannya"
2:286

Setiap masalah pasti ada solusi. Dan aku lihat satu persatu hikmahNya.
Rupanya aku tidak dicampak disini secara sia-sia.
Rupanya Tuhan mahu aku bertemu orang-orang ini yang semangat aku ada pada mereka
dan rupanya, memang inilah yang terbaik untuk aku.

Day by day, week by week, month by month..
Aku makin cinta. Bukan KML. Tetapi apa yang aku jumpa didalamnya.
Apa yang aku belajar asbab aku terus berjalan dan mencari sesuatu disini.
Dan dah satu sem pun aku habiskan-- dengan gembira.

Hanya tinggal satu sem sahaja lagi (mudah-mudahan tidak dipindahkan ke program dua tahun).
Dan aku makin bersemangat untuk mencari-gali sebanyak-banyak kefahaman tentang tujuan aku dihumban ke bumi coklat ini.
Dan aku yakin dan terus percaya bahawa hikmah Tuhan ini baik untuk aku.
Hanya perlu teruskan perjuangan dengan sabar dan syukur.

I can do it and I can win this game at the end



So, people out there, eventho you have to do something that you really dislike. Eventho you have to going through something hard in life, just believe and believe that God never bring you this far just to leave you.


I enter Matriculation college with tears, and I surely going out with broad smile on my face.


Alhamdulillah, at the end, I realize : It's not that bad

Sunday, May 17, 2015

Hope



Tinggal sedikit masa saja lagi sebelum aku melangkah ke alam baru.
Lima bulan yang penuh dengan 'mixed feelings'.
Lima bulan dan macam-macam berlaku.

Everything is fated.
Aku dah move on.
Aku dah redha--

Harapnya begitulah

Dekat mana-mana pun boleh berjaya.
InsyaAllah.

Impian aku untuk ambil bidang perundangan tu sedikit sebanyak macam dah pudar.
Tiada siapa tahu betapa bersungguhnya aku ingin jadi Lawyer--
Kecuali mak bapak dan kawan-kawan aku.

Disebabkan IPTA taknak aku, jadi aku paksa lah kuburkan cita-cita tu
walau dalam hati sakit dia, MasyaAllah

Jadi aku plan, lepas matrik, aku akan sambung degree in psikologi so aku boleh jadi motivator. 
Motivator pun one of aku punya impian lah dulu


Tapi aku tak pasti, aku rasa memang law suit me best.
Dan aku rasa masih ada harapan untuk aku ambil law--

Perasaan berkobar-kobar nak ceburi bidang law ni datang melalui banyak sebab
Salah satunya, isu Rohingya.
Ya, aku memang plan habis dah yang aku akan ambil International Human Rights masa master nanti.

Tapi bodohkan, fikir straight terus. Takda nak fikir 'what if what if' lagi.

Dan lepas aku stalk Kak Nana, yang sekarang tengah selangkah je lagi nak dapat LLM in International Financial Law di London
Aku semakin bersemangat dan aku bisik pada diri aku, 
"Kau tak boleh mengalah"

Ikutkan  cerita kak Nana. 
Dia sekolah rendah, sekolah menengah di sekolah biasa-biasa saja.
Kemudian dia masuk Kolej Matrikulasi Pahang since 
UPU dia takdapat (Yang ni tak sure dia tak dapat or still tunggu) 
tapi after berapa minggu kat KMPh, dia dapat tawaran masuk CFS IIUM, asasi undang-undang.
Dan terus dia further ambil LLB dekat IIUM, dan master dia buat kat London.

Dan aku perasan cerita kami lebih kurang. 
Cumanya, cerita dia dah nak lengkap, dan aku punya baru nak mula.
Mungkin in cuma perasaan aku kot. Haha
Jadi, aku gagahkan diri, buat rayuan untuk asasi undang-undang.
Lepas ni kalau tak dapat, dan yes aku redha sebab maksudnya sains suit me best.

In another few days, aku akan officially jadi Kolej matrikulasi Labuan's student
InsyaAllah new environment

Harap-harap aku tabahlah. 
Sebab dengar-dengar matrik ni culture shock dia lain sikit
Tapi takpa, aku akan buat culture shock tu yang shock tengok aku. Haha

Dekat mana pun kamu tercampak, buat yang terbaik
-Teacher Ida-
 InsyaAllah, aku akan bawa aura 'Kak Yong' dekat sana, kind of my alter ego lah. After I lost it like a month. Thanks lah kat junior-junior semalam yang sebenarnya salah satu asbab aku dapat balik semangat kak yong--

The one yang takkan pernah back down into any ujian dan cabaran
The one yang enthusiastic dan energetic
The one yang paling suka challenges
The one yang paling suka discover tempat baru.

InsyaAllah, study lillahitaala. Biiznillah.