Sunday, November 8, 2015

KML : It's not that bad


At the end, everything will be fine
It's so funny when you re-read your blog and all you can see is how upset you are because you have to force yourself to accept the truth---It's like a hard pill to swallow.

Alhamdulillah, macam mana keras pun aku menolak kenyataan yang aku perlu melangkah masuk Kolej Matrikulasi Labuan 6 bulan yang lalu, sedar tak sedar, dah habis pun satu sem aku kat situ.
And at the end, I realize, it's not that bad.
Sejak masuk KML banyak aku belajar. Bukan setakat akademik, tetapi lebih besar lagi---Kehidupan.
Pelajaran paling besar aku dapat ialah, semakin banyak kau persoalkan, semakin banyak kau akan nampak hikmah.
Yes. Indeed. Hikmah

Aku tak tahu kenapa Tuhan campak aku kat KML ni.
Aku tak tahu kenapa Dia tak bagi aku masuk tempat lain
Aku tak tahu kenapa walau betapa kuat pun aku merengek nak keluar, Dia tetap suruh aku kekal.
tapi aku yakin, dan aku percaya
Ada sesuatu yang perlu aku cari di sini
Ada sesuatu yang Tuhan titipkan untuk aku disitu
Dan ada benda yang perlu aku belajar di bumi itu.
Aku perlu yakin. Dan aku perlu percaya--walaupun payah.
Sebab Dia Tuhan. Dan Dia tahu segalanya.

Undeniable, aku masih tak dapat blend in completely dengan sistem sosial disitu.
Dengan classmate, hatta dengan roomate sendiri.
Aku dianggap 'loner' oleh mereka. Sebab aku buat kerja ikut kepala sendiri. Tak kisah orang sekeliling.
Cuma, ada satu benda yang buat aku still stand firm and strong untuk terus study situ.-- Halaqah 
Yes. Aku join halaqah yang memang dari zaman sekolah pun aku dah ikut sebenarnya.
Bukan benda tu yang buat aku kuat.
Memang Tuhan yang kuatkan aku, dengan hantarkan aku sahabat-sahabat sehalaqah.

Benda tu bagi positive vibe dekat aku.
Aku tak tahu orang lain, tapi aku, yes aku dapat kekuatan dari HQ.
For first few month, aku belum kena follow up dan emosi aku masih tak stabil-- sebulan lebih kot baru move on.
Then, study aku kelaut.
Tapi, aku dapat spirit lepas kena follow up balik. Masa bulan puasa.
Start HQ aku jumpa M, yang sangat baik.
Then emosi aku sedikit getting better dengan adanya mutabaah dan musykilah.
Dan, aku makin semangat nak study sebab nak beat HQmate aku
benarlah firman Allah

"Seseorang tidak akan diberati melebihi kemampuannya"
2:286

Setiap masalah pasti ada solusi. Dan aku lihat satu persatu hikmahNya.
Rupanya aku tidak dicampak disini secara sia-sia.
Rupanya Tuhan mahu aku bertemu orang-orang ini yang semangat aku ada pada mereka
dan rupanya, memang inilah yang terbaik untuk aku.

Day by day, week by week, month by month..
Aku makin cinta. Bukan KML. Tetapi apa yang aku jumpa didalamnya.
Apa yang aku belajar asbab aku terus berjalan dan mencari sesuatu disini.
Dan dah satu sem pun aku habiskan-- dengan gembira.

Hanya tinggal satu sem sahaja lagi (mudah-mudahan tidak dipindahkan ke program dua tahun).
Dan aku makin bersemangat untuk mencari-gali sebanyak-banyak kefahaman tentang tujuan aku dihumban ke bumi coklat ini.
Dan aku yakin dan terus percaya bahawa hikmah Tuhan ini baik untuk aku.
Hanya perlu teruskan perjuangan dengan sabar dan syukur.

I can do it and I can win this game at the end



So, people out there, eventho you have to do something that you really dislike. Eventho you have to going through something hard in life, just believe and believe that God never bring you this far just to leave you.


I enter Matriculation college with tears, and I surely going out with broad smile on my face.


Alhamdulillah, at the end, I realize : It's not that bad

0 comments: