Friday, May 1, 2015

Hantu


Lumrah manusia takut untuk sendiri
Kerana apa ?
Takut katanya .
Takut pada hantu.

Bila ditanya 
"Pernah lihat hantu ?"
Tidak . Jawapnya.

Lalu bagaimana boleh wujud perasaan takut ?
Kerana ramai manusia bercerita, bercakap tentang betapa menakutkan 'seorang' hantu

Pelik.

Bagaimana seorang manusia tidak takut berbuat dosa saat sendiri
Tuhan juga tidak pernah ia lihat.
Tapi menurut cerita Nabi-Nabi, menurut al Quran--
Tuhan itu apabila sekali Ia murka
Bumi diterbalikkan, seluruh umat ditenggelamkan dalam bah yang besar.
Tapi manusia tidak takut akan Tuhan

Masih , ia memilih untuk lebih tertarik akan cerita seram buatan manusia.

0 comments: