Wednesday, May 6, 2015

Retak


Dalam hidup ni kau mesti ada satu goal yang kau betul-betul nak capai.
Sedar tak sedar kau dah on the way pun nak capai benda tu

Pernah rasa ?
Masa main bola jaring , bila dah dekat sangat dah gol tu, tetiba contohnya kau tergerak
 pula kaki . Dan bola kau missed out

Dia punya kecewa tu confirm lain macam.
Lebih-lebih lagi pasukan kau, penyokong kau, semua rely dengan kau
semua expect kau yang akan bawa pasukan ke next level

Kau pun dah confident sangat, dan at last, tak dapat apa pun

This is life.

Kalau takda liku-liku, ceruk-ceruk, lurah semua bukan hidup namanya

Sakit gila. Sakit.

Sebab tu hari ini atas apa yang terjadi aku pesan pada diri aku

Jangan expect tinggi sangat, kang jatuh, sakit. Kalau takat pecah kepala okay lagi, ni dengan hati sekali pecah. Parah
 At least kalau kepala pecah, mati terus. tak payah pikir apa dah.

Dan benar, kecewa tu boleh buat orang jadi gila. Maksud aku, 'over kecewa' . 
Dan hari ini aku baru rasa bagaimana payahnya move on.

Senang cakap kat orang
"Move on lah wei"
"Redha la bro"
"Sabar, ada hikmah"

Senang. Serius senang nak cakap
Bila kena kat dahi sendiri.

Terjelepuk kat tanah, tak larat dah nak bangun. Buka mata pun tak sanggup rasanya
Rasa nak hilang terus je dari realiti
Dan ya, kecewa buat orang hilang waras

Sampai kekadang rasa macam hidup ni takda makna.


Nak marah semua orang atas apa yang berlaku

Tapi, nak marah siapa ?
Nak salahkan siapa ?
Nak salahkan takdir ?
Nak marah Tuhan sebab Tuhan takdirkan macam tu ?


Tak ! Tuhan tak jadikan satu benda tu sia-sia

Azee, please
Tuhan nak ajar sesuatu.
Tuhan nak tunjuk sesuatu
Sabar sikit, sikit je.

Kalau dah memang rezeki tertulis kat Luh mahfuz untuk kau,
then takda siapa boleh halang

"Boleh jadi kamu suka sesuatu yang buruk bagi kamu, dan boleh jadi kamu benci sesuatu yang baik untuk kamu, dan sesungguhnya kamu tidak ada sebarang pengetahuan mengenainya melainkan Allah"
Al baqarah : 216 

Siapa kata tak sedih impian hancur macam tu depan mata.
Tapi benda ni bukan pengakhiran lagi
Sangka baik pada Tuhan. InsyaAllah ada jalan


Walaupun hati retak, tabahlah diri. Niat kerana Allah
Kita ada Tuhan
Maka siapa lagi kuasa melainkan Tuhan ?
Tiada siapa boleh lawan kuasaNya yang Esa
Bilamana dikata Kun, maka Fayakun


Berbahagialah hati-hati yang retak
Tuhan mengujimu kerana Dia ingin kau lebih banyak meminta padaNya

InsyaAllah, ada jalan

Redha. Walau payah.

0 comments: