Sunday, May 10, 2015

Move on






Dont worry dear, even the cloud has its own silver lining. He knows what best for you
-miss fida-

Setelah lebih kurang tiga hari berperang dengan diri sendiri. Paksa diri terima kenyataan. Cuba untuk redha. Alhamdulillah. Im moved on. A little bit.

Walaupun hakikatnya kekadang dalam hati ada rasa kurang sedikit. Sedikit.
Kurang yang sedikit menyakitkan. 

Dalam pada pujuk hati sendiri. Sedikit sebanyak aku belajar tentang hikmah--
Tentang bagaimana cantiknya Tuhan aturkan satu-satu perkara itu.

 Aku dah pergi jauh dari yang aku bayang.
Aku dah naik tinggi. Walaupun tak tinggi sangat. Tapi benar semakin tinggi--
Atas perancangan Tuhan juga.

Dan mungkin atas sebab itu. Aku kadang-kadang lupa yang aku pernah suatu masa dulu berada di tanah.
Lalu, Tuhan bawa aku turun ke bawah, ke tanah. Agar aku kembali sujud.
Sebab manusia

Sudah jatuh, baru reti sujud

Tuhan bagi aku jatuh, sebab Dia nak aku cari sesuatu di bawah itu. Ada sesuatu yang Dia titipkan buat aku di bawah itu.

Tuhan tahu aku belum berapa kuat untuk terbang sendiri. Maka Tuhan uji.

Tuhan mahu aku belajar bergantung hanya padaNya.

InsyaAllah, dalam lebih kurang dua minggu sahaja lagi aku akan masuk ke Matrikulasi.
Di situ, aku akan lebih belajar untuk berdiri atas kaki sendiri--
dengan izin Tuhan

Tidak ada June Eka yang akan bantu aku dalam Matematik
Tiada Chang, Pai, Aidil , Fiqah yang akan jadi guru Fizik dan Kimia aku
Tiada Shu Rin yang akan bantu lukis semua rajah dalam subjek Biologi agar aku faham
Dan sudah pasti, takkan ada Shaliza yang jadi motivator aku. Yang akan dengar keluhan aku.

Ya, Tuhan mahu aku belajar untuk hidup sendiri tanpa orang-orang ini.
Sebelum aku dibawa terbang lebih jauh.

Rabb, berikan aku kekuatan. Aku tidak tahu apa yang sedang kau rancang untukku di masa hadapan. Tapi aku tahu perancanganMu adalah yang paling terbaik. Redhakanlah hatiku, Ya Rabb. Amiin


Dan semoga, aku, kau, dan kita semua diberikan sebaik-baik kejayaan di dunia dan akhirat. 

0 comments: